comscore
Tumpuan :
Sukan

Perlawanan jaga maruah menentang Kuwait esok

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido melakukan sesi latihan recovery di hotel penginapan selepas perlawanan kedua kumpulan D tewas 0-2 menentang Vietnam. FOTO: FAM / Facebook

PETALING JAYA: Apa jua keputusan yang dicatat oleh Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara menentang Kuwait di Stadiujm Al Janoub pada saingan Piala Asia B-23 malam esok tidak lagi membawa sebarang makna.

Skuad bimbingan Juan Torres Garrido itu awal lagi sudah ditunjukkan jalan keluar oleh Vietnam pada aksi kedua Kumpulan D selepas dikalahkan Uzbekistan pada perlawanan pertama.

Cuma, yang pasti menjadi tekad pemain ialah menjaga maruah bolasepak negara sebelum meninggalkan bumi Doha.

“Pemain tetap bermotivasi dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka bukan sahaja datang ke sini untuk bermain tetapi juga mewakili negara.

“Jadi tiada apa-apa perkara istimewa yang saya perlu lakukan kerana pemain tetap bersemangat untuk bermain demi negara,” kata Garrido.

Apa jua pengertian Garrido, aksi pelengkap jadual Kumpulan D yang diharungi Harimau Muda malam esok seharusnya  menzahirkan keputusan positif.

Sekurang-kurangnya tidak pulang tangan kosong, setidak-tidaknya ada juga jaringan yang mampu dilakukan.

Sebagai rekod skuad Australia yang gagal ke suku akhir pulang tanpa mampu menjaringkan gol, namun sekurang-kurangnya mereka berjaya mencatat dua keputusan seri.

Satu lagi pasukan yang buntu mencipta jaringan Emeriah Arab Saudi (UAE) dalam Kumpulan B.

UAE tewas kepada Korea Selatan 0-1, diikuti 0-2 di tangan Jepun dan malam ini berdepan China, mungkin dengan harapan untuk memecah kebuntuan gol.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini