comscore
Tumpuan :
Sukan

Perlumbaan hari kedua RLIR 2023 dibatalkan, Uranus optimis julang kejuaraan

Pasukan Uranus menyertai RLIR 2023 di Langkawi, Kedah

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

LANGKAWI: Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi RLIR 2023. Faktor ketiadaan angin terus menyelubungi hari kedua saingan petang tadi menyebabkan perlumbaan terpaksa dibatalkan.

Namun bagi pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Uranus yang juga wakil tunggal negara mereka tetap optimis mampu menyaingi pasukan THA-72 dari Thailand selepas naib juara edisi lalu itu berjaya mengungguli kedua-dua perlumbaan hari pertama semalam.

Pasukan Uranus yang disertai seramai 15 pelayar membawa cabaran negara bersaing dalam kelas utama Racing.

Dan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi RLIR antara yang sentiasa menjadi medan untuk menguji kemampuan krew kapal khususnya aspek taktikal perlumbaan sejak penampilan pertama pasukan ATM dalam perlumbaan regatta pada 1986.

Menurut, Skipper, Leftenan Komander Mohd Hanif Husain pencapaian terbaik Uranus adalah muncul naib juara pada edisi 2018.

“Dengan pembabitan ATM dalam dunia pelayaran secara tidak langsung kita membawa imej ATM terutamanya dan nama Malaysia bertanding dalam kelas racing di regatta-regatta yang dianjurkan di Malaysia.”

Selain Kelas Racing, ATM turut meberi saingan menerusi 3 lagi pasukan dalam Kelas Sports Boat dan Cruising untuk keseluruhan seramai 45 anggota.

Bagaimanapun, perlumbaan hari kedua hari ini yang sepatutnya bermula jam 9.30 pagi tadi terpaksa dibatalkan pada jam 2.55 petang ekoran faktor angin hanya mencecah kelajuan antara 3 hingga 5 knot sahaja.

Sekaligus menyaksikan pasukan THA 72 masih mendominasi saingan selepas tamat dua perlumbaan semalam dengan mengumpul 2 mata manakala Uranus mengutip 4 mata keseluruhan berbaki 8 perlumbaan lagi.

Loading...
Terkini