comscore
Tumpuan :
Sukan

Pertembungan idaman jadi kenyataan, Malaysia tentukan gelaran juara regu dengan Thailand

KUALA LUMPUR: Farhan Adam, Mohd Syahir Mohd Rosdi dan Mohd Azlan Alias merealisasikan hajat tuan rumah untuk ke perlawanan akhir acara regu Piala Dunia ISTAF 2024.

Malaysia tidak bermasalah menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Titiwangsa, sekaligus berdepan juara bertahan itu esok.

Zin Ko Ko, Min Thant Thu dan Phay Nyein Chan jelas tidak beraksi di tahap terbaik mereka apabila tunduk tidak melawan 3-15 di permainan pembukaan.

Trio negara bagaimanapun berdepan kebangkitan lawan selepas itu namun mujur tenang menambah mata demi mata sehingga lega mencatat 15-11 di set kedua.

Kejayaan barisan bimbingan Ahmad Jais Baharun itu memastikan Malaysia mempunyai dua wakil di aksi kemuncak menyusuli kejayaan skuad beregu yang turut mengenepikan Myanmar untuk berdepan pasukan Gajah Perang.

Perlawanan akhir beregu dijadual jam 8 malam, sebelum acara regu mengambil tempat jam 9.30 malam.

Loading...
Terkini