comscore
Tumpuan :
Sukan

Phryge, maskot rasmi Sukan Olimpik Paris 2024

 

Phryge, maskot rasmi Sukan Olimpik Paris 2024.- Foto: Reuters

Paris hari ini mendedahkan kepada umum maskot rasmi Sukan Olimpik Paris 2024.

Maskot dikenali sebagai Phryge mirip topi yang dipakai penduduk asal Perancis yang turut dikenali sebagai Phryge.

Nama dan bentuknya dipilih sebagai simbol kebebasan dan tanda utama kepada Republik Perancis.

Foto: Reuters

Maskot ini dikeluarkan oleh Doudou et Compagnie dan akan turut digunakan untuk Sukan Paralimpik Paris 2024.

Untuk permulaan, maskot ini dipamerkan di Villepinte berdekatan ibu kota Paris.

Maskot Phryge diperbuat daripada polister serta serat kitar semula mewah dan dihasilkan dalam tiga warna bendera Perancis; biru, putih dan merah.

Di bahagian dada, maskot turut dihiasi logo Paris 2024.

Maskot Phryge berukuran 25 centimeter dan dijual pada harga €19.90 (RM102).

Loading...
Terkini