comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Agong 2024: Negeri Sembilan mula langkah kanan

Oleh: Hazreen Mubarak

KUALA LUMPUR: Pasukan bola keranjang lelaki Negeri Sembilan memulakan kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Piala Agong 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi Skuad Pilihan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Arena MBJB Larkin Johor Bahru, Negeri Sembilan menang besar 101 berbalas 40 mata.

5 pemain mengumpul skor di atas 10 mata menyaksikan Maegen Mahadevan Suresh dijulang pemain terbaik aksi berkenaan apabila menyumbang catatan tertinggi 15 mata.

Selepas ini Negeri Sembilan dijadualkan bertemu Perak petang ini; disusuli Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 September sebelum menentang Pulau Pinang II, 19 September.

Untuk rekod, pasukan lelaki dan wanita Negeri Sembilan muncul juara edisi lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini