comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: Harimau Malaya berlepas ke Qatar

FOTO: Football Association of Malaysia / Facebook 

SEPANG: Kehangatan kempen Piala Asia 2023 kian menggamit negara bertanding, menuju 11 hari lagi pembukaannya.

Malaysia yang merupakan salah satu daripada 24 pasukan meraih tiket kelayakan juga mengorak langkah dengan berlepas ke Qatar awal pagi tadi

Wajah ceria dan semangat membara mengiringi pemain negara yang tampil bersahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, (KLIA).

Kedatangan tahun baharu kali ini dilalui dengan unik apabila bersama rakan sepasukan memandangkan penerbangan ke Doha, dijadual jam 2.25 pagi.

FOTO: Football Association of Malaysia / Facebook 

Apapun, mereka merupakan sebahagian daripada barisan bersejarah Harimau Malaya yang berjaya kembali menjejaki pentas Piala Asia selepas kali terakhir disertai pada 2007 ketika Malaysia bergelar tuan rumah.

Skuad dianggotai 26 pemain bimbingan Kim Pan Gon itu difahamkan bakal turun dalam dua perlawanan persahabatan iaitu bermula 4 Januari terlebih dahulu, disusuli menentang Syria empat hari berikutnya.

Tugasan sebenar ialah saingan kumpulan E, berdepan Jordan pada 15 januari, Bahrain lima hari selepas itu dan terakhir Korea Selatan 25 Januari.

Loading...
Terkini