comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Asia 2023: Harimau Malaya dibenam Jordan 0-4

Pemain Harimau Malaya, Junior Eldstal (kiri) diasak pemain Jordan, Ali Olwani ketika perlawanan peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha. FOTO: NSTP

DOHA: Skuad Harimau Malaya yang beraksi buat pertama kali di pentas tertinggi Piala Asia 2023 berdepan misi sukar untuk mara ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 apabila tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi Kumpulan E di Stadium Al Janoub awal pagi tadi.

Kekalahan besar itu dialami skuad negara ketika penyokong Harimau Malaya meletakkan harapan tinggi untuk anak buah Kim Pan Gon sekurang-kurangnya meraih satu mata berdepan pasukan di ranking ke-87 dunia.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila pintu gol Harimau Malaya yang dikawal Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bocor pada minit ke-12 menerusi rembatan lencong bekas pemain import Kedah Darul Aman (KDA), Mahmoud Al Mardi.

Pemain Harimau Malaya, Romel Morales (kiri) mengasak pemain Jordan, Ehsan Hadad ketika perlawanan peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha. FOTO: NSTP

Belum sempat skuad negara bangkit, Jordan pula memperoleh sepakan penalti selepas pengadil meneliti video bantuan pengadil (VAR) dan mendapati ada kekasaran dilakukan Matthew Davies terhadap Yazan Al Naimat.

Peluang keemasan itu kemudian digunakan sepenuhnya oleh Mousa Tamari untuk meledak gol kedua Jordan pada minit ke-18.

Pemain Harimau Malaya, Stuart Wilkin (kanan) diasak pemain Jordan, Nizar AlRashdan ketika perlawanan peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha. FOTO: NSTP

Ketika perlawanan memasuki minit ke-32, kelekaan pertahanan negara sekali lagi dihukum dengan jaringan Al Mardi yang mudah menolak masuk bola ke gawang selepas menerima umpanan Al Naimat.

Meskipun Malaysia dilihat beraksi dengan lebih baik pada babak kedua, namun tetap tidak mampu untuk menyekat Tamari daripada melengkapkan kemenangan bergaya Jordan dengan meledak gol keempat pasukannya pada minit ke-85.

Harimau Malaya bakal berdepan pasukan di ranking lebih tinggi, Bahrain (ranking 86) dan Korea Selatan (23) pada Sabtu dan 25 Januari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini