comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: Harimau Malaya ketinggalan 1 gol di separuh masa pertama

FOTO: Football Association of Malaysia / Facebook

AL WAKRAH: Perjuangan pasukan kebangsaan di perlawanan terakhir kumpulan E Piala Asia nampak masih bermakna dengan ketinggalan tipis kepada Korea Selatan.

Malaysia hanya dipisahkan oleh gol tandukan Jeong Woo-Yeong minit ke-22, itupun selepas bola yang diselamatkan penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dirujuk semula pengadil Khalid Al Turais menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Permainan berhenti rehat ketika ini di Al Janoub Stadium.

Loading...
Terkini