comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: Harimau Malaya tidak perlu takut, kena kental jumpa Korea Selatan – Pan Gon

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

DOHA: Pasukan kebangsaan mahu terus membuktikan kemampuan mereka bertanding di peringkat tertinggi dengan tidak menjadi sekadar pelengkap kempen Piala Asia.

Perkara itu dijelaskan jurulatih Kim Pan Gon yang melaungkan kata-kata semangat kepada anak buahnya agar turun berhabis-habisan berdepan Korea Selatan jam 2.30 petang waktu tempatan hari ini dalam aksi terakhir kumpulan E.

“Kami mahu tunjukkan sesuatu kepada rakyat Malaysia, membuatkan mereka bangga dan memberikan harapan. Saya akan terus mendorong pemain untuk beraksi berani, agresif dan gagah menentang Korea Selatan,” jelas jurulatih berusia 54 tahun itu.

Harimau Malaya juga dalam masa sama perlu belajar dan mengikut contoh perjuangan pasukan-pasukan yang tidak disangka-sangka membuat kejutan seperti Tajikistan dan Palestin.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

Pan Gon bukan asing dikalangan barisan ‘Taeguk Warriors’ kerana menjawat jawatan penting selaku Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) sejak 2017 sebelum disambar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2022.

“Tidak mudah mencari kelemahan Korea Selatan, kerana mereka telah menunjukkan kualiti sebenar sepanjang dua perlawanan setakat ini khususnya individu dan berpasukan. Tetapi saya mempunyai banyak maklumat yang sudah diberikan kepada pemain,” katanya lagi.

Beliau optimis, tidak mustahil Malaysia juga memiliki peluang mencatat kemenangan di Stadium Al Janoub yang semestinya menjadi kejutan terbesar edisi ke-18 ini.

Loading...
Terkini