comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA ASIA 2023: Pan Gon buat  empat pertukaran kesebelasan Harimau Malaya jumpa Bahrain

Foto: Facebook Football Association of Malaysia/ Facebook

AL RAYYAN: Dua perubahan di bahagian pertahanan serta satu di bahagian tengah dan penyerang menjadi pilihan jurulatih Kim Pan Gon dalam kesebelasan pasukan kebangsaan menentang Bahrain sebentar lagi.

Shahrul Mohd Saad dan Dominic Tan mendapat tugasan di bahagian benteng untuk menangkis serangan lawan di Jassim Bin Hamad Stadium.

Mohammad Syamer Kutty Abba pula mengisi bahagian tengah manakala Paulo Josue menjadi taruhan serangan untuk mencari gol penting skuad negara.

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed kekal selaku penjaga gol disertai ketua pasukan Mathhew Davies, Corbin Ong dan Dion Cools selaku pemain pertahanan.

Stuart Wilkin juga terus berada dalam kesebelasan selaku perancang dengan Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim kekal di bahagian sayap seperti pertemuan dengan Jordan lima hari lalu.

Mohd Afiq Fazail, Junior Eldstal, Romel Morales dan Darren Lok yang memulakan permainan pada kempen sulung 15 Januari lalu berada di bangku simpanan.

Loading...
Terkini