comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Asia 2023: Socceroos benam Indonesia, pertama ke suku akhir

FOTO: Reuters 

AL RAYYAN: Australia menepati ramalan melepasi halangan pusingan kedua Piala Asia 2023 apabila menewaskan Indonesia di fasa kalah mati.

Skuad bimbingan Graham Arnold itu menampikan ketajaman tersendiri di penghujung permainan dengan menyumbat dua gol yang menutup terus cabaran lawan.

Nasib buruk seakan menanti Indonesia di Jassim bin Hamad Stadium apabila pemain pertahanannya, Elkan Baggot menjaringkan gol sendiri minit (m) ke-12.

Martin Boyle kemudian memastikan juara edisi 2015 itu selesa menutup babak pertama 2-0 menerusi penyudah m-45.

FOTO: Reuters 

Sang Garuda banyak menguasai bola dan bertukar-tukar hantaran di kawasan Australia tetapi tidak mampu mencipta peluang-peluang yang diperlukan.

Craig Goodwin kemudian melunturkan sisa perjuangan Indonesia dengan gol ketiga seminit sebelum masa sebenar tamat.

Harry Souttar turut mencatat nama selaku penjaring di masa kecederaan 91 memastikan kemenangan bergaya 4-0 pasukan.

Melangkah ke suku akhir buat kali kelima berturut-turut sejak mula mengambil bahagian di Piala Asia 2007, mereka dijadual berdepan pemenang diantara Arab Saudi dan Korea Selatan.

Loading...
Terkini