comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 – Denmark harap magis Euro 2020 berulang

FOTO AP – Aksi antara Denmark dan Perancis pagi tadi.

DOHA: Kekalahan tipis Denmark ketika bertemu penyandang juara, Perancis bermakna mereka akan mengharungi perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia dengan harapan untuk layak ke pusingan 16 terakhir walaupun nampak sukar.

Bagaimanapun, jurulatih Kasper Hjulmand berkata, apa yang berlaku di Euro 2020 menunjukkan pasukannya mampu melakukan sesuatu.

Denmark tumpas dua aksi awal peringkat kumpulan di saingan berkenaan ketika menentang Finland dan Belgium namun kemenangan ke atas Rusia pada aksi terakhir sudah cukup untuk membawa mereka ke tempat kedua.

Dari situ mereka berjaya mara sehingga ke separuh akhir hasil persembahan luar biasa daripada pasukan yang trauma apabila Christian Eriksen mengalami serangan jantung di atas padang ketika kalah menentang Finland.

Di Qatar, dengan Eriksen kembali sihat, Denmark diikat Tunisia 0-0 pada perlawanan pertama sebelum tumpas 1-2 hasil jaringan kemenangan Kylian Mbappe di hujung perlawanan.

“Mungkin ia sedikit sama seperti Euro, di mana kami menentang Belgium pada perlawanan kedua dan pada separuh masa kedua kami terlalu berhati-hati dan kami tewas 1-2, seperti ini,” kata Hjulmand, yang pasukannya akan berdepan Australia seterusnya.

Denmark hanya meraih satu mata dalam Kumpulan D, dua mata di belakang Australia namun kemenangan ke atas Socceroos mampu membawa mereka ke pusingan seterusnya, seandainya Tunisia tidak menumpaskan Perancis dan melakukannya dengan margin kemenangan besar.

“Kami berharap dapat kembali ke landasan dan memenangi perlawanan seterusnya tetapi kami sangat menghormati Australia,”

“Anda tidak boleh hanya mengharapkan untuk menekan butang dan menjaringkan banyak gol tetapi kami juga tidak meraih sebarag mata selepas dua perlawanan pertama di Euro jadi kami masih mempunyai harapan,” tambah Hjulmand, yang satu-satunya gol pasukannya setakat ini di Qatar diperoleh daripada pemain pertahanan Andreas Christensen. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini