comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022: Dua gol Kudus bantu Ghana tewaskan Korea Selatan

Foto: Reuters

AL RAYYAN: Mohammed Kudus meledak dua gol ketika membantu Ghana menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam aksi Kumpulan H Piala Dunia di Stadium Education City, sebentar tadi.

Kemenangan itu terus membuka peluang buat Ghana untuk menempah tempat dalam kelompok 16 terakhir.

Ghana mendahului permainan pada minit ke-24 apabila Mohammed Salisu memanfaatkan kegagalan Korea Selatan mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti.

Kudus menambah jaringan dengan tandukan untuk meletakkan Ghana 2-0 di depan sebelum rehat.

Foto: Reuters

Selepas rehat, Korea Selatan bangkit dengan dua tandukan Cho Gue-sung yang hanya berselang tiga minit untuk menyamakan kembali kedudukan.

Kudus bagaimanapun memastikan kemenangan buat Ghana dengan jaringan minit ke-68.

Ghana, pasukan ranking terendah di kejohanan kali ini, kedudukan ke-61 dunia, menyertai Portugal di tangga teratas pada tiga mata dengan Uruguay dan Korea Selatan mengumpul satu mata.

Portugal dan Uruguay akan bertembung jam 3 pagi ini. – REUTERS

Loading...
Terkini