comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 – Dua gol masa kecederaan beri talian hayat buat Iran

Pemain Iran meraikan kejayaan mengatasi Wales bersama jurulatih, Carlos Queiroz. Foto Reuters

AL RAYYAN: Dua gol yang dijaringkan dalam masa kecederaan kembali menghidupkan peluang Iran untuk mara ke pusingan seterusnya selepas berjaya mengatasi Wales dengan kemenangan 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmad Bin Ali di Al Rayyan itu menyaksikan Iran mencipta gol pembukaan menerusi Roozbeh Cheshmi pada minit ke 98 sebelum Ramin Rezaeian menoktahkan kemenangan 2-0 tiga minit berselang.

“Ini baru permulaannya, kini kami perlu menamatkan tugasan ini sebaik mungkin.

“Saya rasa ia detik yang cukup istimewa buat pasukan Iran, tiada perkataan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain.

“Sangat bijak, mereka layak memenanginya, segala perhatian dan penghormatan, saya rasa semua pihak sedar mereka mahu bermain bola sepak,” kata Carlos Queiroz, jurulatih pasukan Iran

Loading...
Terkini