comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 – Martino jangka saingan sengit Arab Saudi

FOTO AP – Penyokong Mexico menyaksikan pasukan mereka menentang Argentina pada Piala Dunia Qatar menerusi skrin besar di Mexico City.

DOHA: Jurulatih Mexico, Tata Martino berkata dia menjangkakan saingan sengit bertemu Arab Saudi pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Dunia selepas tewas di tangan Argentina sebentar tadi.

Jaringan Lionel Messi dan Enzo Fernandez membantu skuad Albiceleste menang 2-0 di Stadium Lusail seterusnya menghantar Mexico ke kedudukan terbawah dan terdesak untuk menang mengatasi Arab Saudi Rabu ini.

Mexico perlu menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan tiga gol menentang Arab Saudi untuk layak melainkan Poland menewaskan Argentina, yang bermakna kemenangan sahaja sudah mencukupi.

“Kerana kami masih ada peluang, kami perlu mencubanya,” kata pengendali kelahiran Argentina, Martino dalam sidang akhbar.

“Saya sudah memikirkannya dan dalam kes ini, dengan pemain ini, kami perlu meningkatkan permainan, kami perlu melakukannya.

“Ia akan menjadi sesuatu yang mencabar, ia pasti sukar.”

Mexico gagal menjaringkan gol dalam kejohanan di Qatar selepas seri tanpa jaringan bersama pendahulu kumpulan, Poland 0-0 dalam aksi pertama.

“Kami perlu menjadi pemenang dalam perlawanan itu dan jika ia dapat dilakukan dengan beberapa gol, ia akan membantu kami,” kata Martino. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini