comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022: Messi ketuai cabaran Argentina ke Qatar

FOTO: REUTERS

DOHA: Lionel Messi akan mengetuai skuad Argentina pada kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ia selepas pengumuman senarai 26 pemain yang dibuat jurulatih, Lionel Scolani yang menyaksikan keutamaan diberikan kepada bahagian pertahanan selepas seramai 9 pemain dipilih untuk membawa cabaran Argentina.

“Cabaran sudah bermula dan inilah senarai pemain yang akan membawa nama Argentina, mereka amat berbangga untuk membarisi pasukan Argentina dan menyarung jersi kebangsaan, saya berharap penyokong-penyokong juga bersama kami, bersatu bersama,” luah Scolani di laman sosial Twitternya.

Tiga penjaga gol disenaraikan Scolani iaitu Emiliano Martinez selain pemain yang bersama kelab River Plate, Franco Armani dan Geronimo Rulli dari pasukan Villarreal.

Paling menjadi tumpuan, barisan 9 pemain pertahanan yang diumumkan Scolani, diketuai Nicolas Otamendi dan bintang baharu Manchester United, Lisandro Martinez selain Nicolas Tagliafico dan juga Cristian Romero.

Rodrigo De Paul dan Leandro Paredes pula memimpin posisi tengah bersama pemain muda sedang meningkat naik, Enzo Fernandez, cuma agak mengejutkan bintang muda Manchester United, Alejandro Garnacho tidak terpilih untuk ke Qatar kali ini.

Barisan serangan, tumpuan utama pastinya terarah kepada Messi yang akan dibantu Angel di Maria, Lautaro Martinez dan juga Joaquin Correa.

Dan tuah turut memihak penyerang Manchester City, Julian Alvarez apabila namanya turut tersenarai dalam skuad bimbingan Scolani.

Dalam pada itu, Scolani turut membuat keputusan berani dengan menyenaraikan Paolo Dybala yang masih tercedera dengan jangkaan pemain Roma itu sempat pulih, sebaliknya menyisihkan pemain tengah Villarreal, Giovani Lo Celso dengan tempatnya digantikan oleh Ezequiel Palacios.

Dan berikut senarai penuh 26 pemain pasukan Argentina:

Penjaga Gol: Emiliano Martínez (Aston Villa), Franco Armani (River Plate) and Geronimo Rulli (Villarreal).

Pertahanan: Nahuel Molina (Atletico Madrid), Gonzalo Montiel (Sevilla), Cristian Romero (Tottenham), German Pezzella (Real Betis), Nicolas Otamendi (Benfica), Lisandro Martinez (Manchester United), Marcos Acuna (Sevilla), Nicolas Tagliafico (Olympique Lyon) and Juan Foyth (Villarreal).

Pemain Tengah: Rodrigo De Paul (Atletico Madrid), Leandro Paredes (Juventus), Alexis Mac Allister (Brighton), Guido Rodriguez (Real Betis), Alejandro Papu Gomez (Sevilla), Enzo Fernandez (Benfica), Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen)

Penyerang: Angel Di María (Juventus), Lautaro Martinez (Internazionale), Julian Alvarez (Manchester City), Nicolas Gonzalez (Fiorentina), Joaquin Correa (Internazionale), Paulo Dybala (Roma) and Lionel Messi (Paris Saint-Germain).

Pada kempen Piala Dunia 2022 di Qatar nanti, skuad ‘La Albiceleste’ yang diundi dalam kumpulan C menentang Arab Saudi (22 November), sebelum berdepan Mexico (27 November) dan Poland (1 Disember).

Loading...
Terkini