comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 – Queiroz label England mampu bergelar juara, Iran sedia cipta kejutan

Queiroz bersama pasukan Iran menjalani latihan di Kelab Sukan Al Rayyan. FOTO Reuters

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

DOHA: Jurulatih Iran, Carlos Queiroz melabel pasukan England sebagai valon juara berdasarkan barisan pemain yang dimiliki.

Pandangan Queiroz ada kebenarannya berdasarkan pencapaian skuad kendalian Gareth Southgate itu muncul pasukan keempat terbaik dunia pada kempen Piala Dunia 2018 selain bergelar naib juara pada saingan Piala Eropah 2020.

“Salah satu pasukan hebat, antara skuad kebangsaan terbaik di dunia, mengambil kira pencapaian pasukan Emgland, memang selayaknya berdasarkan pencapaian dan apa yang telah dilakukan sebelum ini, mereka calon pasukan untuk pentas final, calon tiga pasukan terbaik, atau lebih baik calon juara dunia.

“Generasi baharu yang dibawa Southgate ke dalam skuad kebangsaan England pada saya adalah antara bakat yang terbaik, paling mencabar berbanding skuad 1966, saya berpeluang untuk menyaksikan pasukan England bermain ditambah dengan pengalaman 22 tahun selaku jurulatih di sana, saya sudah melihat pemain-pemain mereka, yang jelas pasukan kali ini sangat praktikal dan realistik.

“Apa yang penting buat pasukan Iran, adalah untuk berada di sana, bermain setiap perlawanan di peringkat ini, tampil dengan semangat melawan dan dahagakan kemenangan, itulah format yang akan digunakan menentang England nanti,” kata Queiroz.

Saingan di Qatar adalah penampilan kali ketiga berturut-turut Iran, juga penampilan kali keenam secara keseluruhan.

Queiroz sebelum ini membawa Iran ke dua pentas Piala Dunia pada 2014 dan 2018 sebelum tempatnya diambil alih Dragan Skocic pada Februari 2020.

Namun, Queiroz kembali bersama Iran bermula September lalu, menyaksikan pengendali dari Portugal ini akan tampil di pentas Piala Dunia 2022 buat kali ketiga berturut-turut bersama pasukan sama.

Tugas sukar menanti Iran malam ini apabila dijadualkan bertemu England jam 9 malam ini, diikuti pertemuan menentang Wales (25 Nov) dan Amerika Syarikat (30 Nov).

Loading...
Terkini