comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 : Selepas benam Iran, AS makin yakin tidak akan pulang awal

Jurulatih AS, Gregg Berhalter (kiri) mengucapkan tahniah kepada Kellyn Perry-Acosta selepas tamat aksi menentang Iran di Stadium Al-Thumama dekat Doha. – AFP

DOHA: Jurulatih Amerika Syarikat (AS), Gregg Berhalter berkata pasukannya berhak berada dalam kelompok 16 terakhir Piala Dunia hari ini selepas menang 1-0 menewaskan Iran .

AS bakal berdepan Belanda pada pusingan kedua.

Lima tahun selepas AS gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Russia, Berhalter mengetuai pasukan muda AS ke pusingan kalah mati kejohanan kali ini.

Seri berdepan Wales dan England diikuti menang 1-0 mengatasi Iran mengesahkan kemaraan pasukan itu.

Namun pertembungan Sabtu nanti pada kelompok 16 terakhir berdepan Belanda, menjanjikan aksi setahap lebih tinggi tetapi Berhalter dengan yakin berkata pasukannya tidak akan berasa rendah diri.

“Ia peluang yang hebat, tetapi ia bukan sesuatu yang kami akan harungi sambil memikirkan ia sebagai satu penghormatan,” kata Berhalter.

“Kami berhak berada dalam posisi yang kami ada sekarang.
Dan kami akan teruskan. Kami tidak mahu pulang awal Rabu depan.Setakat ini ialah bagaimana kami mahu pulih daripada perlawanan ini, dan bagaimana kami mahu bermain perlawanan baik menentang Beelanda. Kami perlu ada idea bagaimana mahu menewaskan mereka” katanya.

Ditanya setakat mana AS boleh mara di Qatar, Berhalter membalas: “Datang ke kejohanan ini kami ada dua sasaran, yang pertama ialah mara daripada peringkat kumpulan.

“Dan daripada itu, apa sahaja boleh berlaku. Apa yang kami perlu lakukan ialah bermain satu lagi perlawanan. Tidak perlu jangkakan bagaimana pasukan ini boleh pergi.” – AFP

Loading...
Terkini