comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia 2022 – Selepas meledak  hatrik, Ramos bakal curi tumpuan berdepan Maghribi

Goncalo Ramos (tengah) melengkapkan hatriknya ketika Portugal menewaskan Switzerland 6-1 dalam aksi 16 terakhir Piala Dunia di Stadium Lusail, Qatar. – FOTO: AFP

DOHA: Jurulatih Portugal, Fernando Santos meletakkan kepercayaan terhadap Goncalo Ramos ketika berdepan Switzerland nyata tidak sia-sia.

Penyerang muda itu membalas dengan meledak hatrik yang membawa mereka ke suku akhir Piala Dunia pertama kali sejak 2006.

Ramos, 21, menjadi tajuk utama apabila dipilih mengetuai serangan menggantikan penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini diletakkan di bangku simpanan.

Ia tidak memerlukan masa lama buat pemain muda itu menjadi antara cerita terbesar pada Piala Dunia Qatar.

Ramos membuat penampilan pertama ketika Portugal menang 4-0 mengatasi Nigeria dalam aksi pemanas badan sebelum Piala Dunia dan bermain secara keseluruhan 10 minit sebagai pemain gantian dalam dua daripada tiga aksi kumpulan.

Dia membuka jaringan berdepan Switzerland dengan cubaan hebat di penjuru gawang selepas 17 minit dan menambah jaringan kedua pada minit ke-51 apabila melepasi penjaga gol Yann Sommer sebelum mengumpan buat gol Raphael Guerreiro empat minit kemudian.

Ramos melengkapkan hatrik apabila meledak hantaran Joao Felix dengan menyungkit bola mengatasi Sommer sebelum digantikan.

Tiga gol pemain Benfica itu menjadikan dia pemain pertama meledak hatrik pada penampilan penuh Piala Dunia sejak Miroslav Klose berdepan Arab Saudi pada 2002.

Ramos kini bersaing untuk merebut Kasut Emas bersama penyerang Perancis, Kylian Mbappe yang mendahului dengan lima gol.

Mungkin Ramos yang membantu Benfica mara ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara musim ini, beruntung apabila diletakkan sebagai penyerang ketiga dalam skuad di belakang Ronaldo dan Andre Silva.

Taktik Ramos kini menyebabkan  jurulatih Maghribi, Walid Regragui dilema apabila memikirkan bahagian pertahanan pasukan itu.

Nayef Aguerd cedera berdepan Sepanyol, justeru Regragui mungkin meletakkan kapten, Romain Saiss untuk menjaga Ramos. – REUTERS

Loading...
Terkini