comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA DUNIA 2022 : Tunisia kejutkan Juara dunia Perancis

Pemain Tunisia, Wahbi Khazri (tengah) meraikan jaringan buat pasukannya ketika menentang Perancis dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, sebentar tadi. Tunisia menang 1-0. – Foto REUTERS

AL RAYYAN:  Jaringan gol tunggal pemain kelahiran Perancis, Wahbi Khazri buat Tunisia nyata mengejutkan juara bertahan Perancis  di Stadium Education City.

Bagaimanapun, kemenangan 1- 0 itu tidak mencukupi buat Tunisia untuk menyertai Perancis ke pusingan 16 terakhir apabila Australia menewaskan Denmark 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Khazri menjaringkan gol pada minit ke-58 untuk kemenangan ketiga Tunisia dalam enam penampilan di Piala Dunia.

Perancis, yang melakukan sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Denmark, sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan berdasarkan perbezaan gol dengan Australia.

Pada aksi terakhir kumpulan itu, Perancis hampir menyamakan kedudukan di saat akhir apabila Antoine Griezmann menjaringkan gol, namun dibatalkan pengadil kerana pemain itu terlebih dulu berada di kedudukan ofsaid.

Perancis akan bertemu naib juara Kumpulan C, yang akan ditentukan pada perlawanan selepas ini. – REUTERS

Loading...
Terkini