comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia – Denmark, Jerman berdegil sokong LGBT

Contoh lilitan One Love yang dipakai oleh ketua pasukan. – Foto: Agensi

DOHA: Ketua pasukan Denmark dan Jerman akan memakai lilitan One Love apabila mereka turun beraksi di Piala Dunia di Qatar, negara di mana hubungan sejenis adalah haram.

Qatar berdepan kritikan daripada beberapa negara yang beraksi di kejohanan membabitkan 32 pasukan itu berhubung penentangan terhadap hak pekerja asing, wanita dan komuniti Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Saya tahu kapten kami akan memakai lilitan One Love,” kata pemain tengah Denmark, Christian Eriksen mengenai kapten Simon Kjaer pada sidang akhbar di Doha.

“Apakah akibatnya, saya tidak tahu, tetapi kita akan lihat.”

Mengikut peraturan Fifa, apa sahaja yang digunakan pasukan tidak boleh mempunyai sebarang slogan, kenyataan atau imej politik, agama atau peribadi.

Penjaga gol dan kapten Jerman, Manual Neuer berkata dia juga bercadang untuk memakai lilitan itu.

“Kami mendapat sokongan FA Jerman, presiden kami dan mereka yang bertanggungjawab dan oleh itu kami tidak takut,” katanya.

“Bukan kami seorang sahaja (memakai lilitan lengan). Kami mahu menyatakan pendirian bersama-sama.”

Fifa menggesa pasukan yang beraksi di Piala Dunia untuk memberi tumpuan kepada bola sepak dan tidak mengheret sukan itu ke ‘pertempuran’ ideologi atau politik.

Badan induk bola sepak dunia menolak permintaan Denmark untuk berlatih di Piala Dunia dengan baju tertulis ‘hak asasi manusia untuk semua’.

Hubungan sejenis adalah haram di Qatar dan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini