comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia: England belasah Iran 6-2

Bukayo Saka (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan England ketika aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia 2022 menentang Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. – FOTO: AFP

DOHA: England memulakan kempen Piala Dunia dengan cemerlang apabila membelasah Iran 6-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan penting buat skuad kendalian Gareth Southgate yang hadir ke kejohanan tanpa kemenangan dalam enam perlawanan terakhirnya.

Babak pertama permainan menyaksikan Jude Bellingham menjaringkan gol sulungnya untuk England, diikuti jaringan Bukayo Saka dan Raheem Sterling sebelum rehat.

Gol kedua Saka hadir selepas rehat dan England mula memperlahankan rentak sehingga membolehkan Iran menemui sasaran menerusi Mehdi Taremi.

Bagaimanapun pemain gantian, Marcus Rashford dan Jack Grealish turut menyertai senarai penjaring England sebelum Iran diberikan sepakan penalti pada minit terakhir yang disempurnakan Mehdi.

Kedua-dua pasukan dilihat seimbang di awal permainan, tetapi selepas penjaga gol berpengalaman Iran, Alireza Beiranvand terpaksa dikeluarkan akibat bertembung dengan rakan sepasukan, ia membuka ruang buat England berpesta gol.

England akan bertemu Amerika Syarikat pada Jumaat, manakala Iran menentang Wales. – REUTERS

Loading...
Terkini