comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia Footgolf 2023: Aksi suku akhir Malaysia-Sepanyol terpaksa ditunda

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Saingan Piala Dunia Footgolf 2023 bagi aksi suku akhir Malaysia menentang Sepanyol terpaksa ditunda berikutan amaran ribut petir di Orlando, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Kedudukan semasa, Malaysia dan Sepanyol terikat 2-2 dalam acara berpasukan lelaki.

Menurut penolong kapten pasukan kebangsaan, Hanif Miswan pihak penganjur menunda perlawanan berkenaan selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak termasuk pasukan bertanding.

“Perlawanan terpaksa ditunda pada Ahad malam waktu Malaysia kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Ada ribut dan amaran kilat di sekitar venue pertandingan.

Jadi pihak penganjur terpaksa memanggil pemain untuk menghentikan perlawanan dan mengambil keputusan menunda pada Ahad malam Malaysia,” katanya ketika dihubungi buletintv3.my.

Tambah personaliti Media Prima Berhad itu, perlawanan Malaysia menentang Sepanyol pasti sengit namun beliau percaya pasukan kebangsaan mampu melakar kejutan mara ke separuh akhir.

“Insyaallah doakan. Kejutan boleh dicipta dari bumi Amerika Syarikat ini pada malam Ahad nanti,” jelasnya.

Skuad footgolf kebangsaan layak ke suku akhir selepas muncul antara dua naib juara terbaik dengan menewaskan Chile dan Brazil sebelum tumpas kepada Belanda dalam aksi kumpulan B.

Loading...
Terkini