comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia Footgolf 2023: Malaysia layak ke suku akhir secara merit

Foto : Footgolf Malaysia / Facebook

KUALA LUMPUR: Skuad Footgolf kebangsaan terus mencipta sensasi pada saingan Piala Dunia 2023 di Orlando, Amerika Syarikat apabila mara ke suku akhir secara merit dalam acara berpasukan lelaki.

Sekalipun tewas kepada Belanda 2-5 pada aksi terakhir kumpulan B awal pagi tadi, skuad kebangsaan tetap mara selepas muncul antara dua naib juara terbaik.

Enam juara kumpulan dan dua naib juara terbaik layak ke suku akhir.

Foto : Footgolf Malaysia / Facebook

Sebelum ini, skuad yang ditunjangi 18 pemain termasuk barisan simpanan berjaya menundukkan Chile dan Brazil dengan keputusan 5-2.

Di suku akhir esok, Malaysia diundi menentang Sepanyol yang muncul juara kumpulan C selepas melakar tiga kemenangan berturut-turut ke atas Jepun, Turkiye dan Switzerland.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Malaysia di pentas Piala Dunia Footgolf.

Loading...
Terkini