comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia – Neymar terlepas perlawanan akhir peringkat kumpulan

FOTO: EPA

DOHA: Bintang Brazil, Neymar akan terlepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia kerana kecederaan buku lali kanannya, kata doktor pasukan hari ini.

Rodrigo Lasmar berkata, penyerang Brazil itu tidak akan cergas untuk menentang Cameroon dalam perlawanan Kumpulan G pada Jumaat ini.

Pemain Paris Saint Germain (PSG) itu terlepas perlawanan menentang Switzerland dengan Brazil mencatatkan keputusan 1-0 untuk memastikan tempat ke pusingan 16 terbaik.

Neymar, yang cedera dalam perlawanan pembukaan Brazil menentang Serbia adalah satu-satunya pemain yang tidak pergi ke Stadium 974 untuk menonton perlawanan menentang Switzerland.

Lasmar berkata, Neymar juga mengalami demam pada Isnin yang ‘terkawal’ dan tidak akan menjejaskan rawatan buku lalinya.

katanya, bek kanan Danilo yang mengalami kecederaan buku lali dan bek kiri, Alex Sandro yang terpaksa meninggalkan perlawanan Isnin lalu kerana kecederaan otot juga tidak akan bermain menentang Cameroon. –

Lasmar said right back Danilo, who also is nursing an ankle injury, and left back Alex Sandro, who had to leave Monday’s match with a muscle injury, also won’t play against Cameroon. – AP

Loading...
Terkini