comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Dunia – Unta ramal England menang esok

Unta bernama Camillia meramalkan England menang esok. – Foto: Agensi

LONDON: Pasukan bola sepak Iran pasti berdepan laluan sukar selepas Camilla si unta psikik meramalkan kemenangan buat Three Lions pada aksi Piala Dunia Qatar 2022.

Akhbar The Sun on Sunday menugaskan ‘Mystic Millie’ untuk meramalkan pemenang perlawanan antara England dengan Iran malam esok.

Unta itu terus berjalan ke arah bendera St George’s Cross tanpa teragak-agak sekali gus menjadikan pasukan Gareth Southgate pilihan untuk memenangi aksi Piala Dunia itu.

Pemiliknya Jenny dan Vernon Moore, kedua-dua berusia 52 tahun dari Melton Mowbray, Leicestershire, England menegaskan unta itu ‘tidak pernah salah’.

Vernon berkata: “Ia satu petanda terbaik bagi Gareth dan anak buahnya. Melepasi peringkat kumpulan hampir pasti berjaya dilakukan.

“Kami memintanya memilih antara bendera kami dan negara lawan kami yang diletakkan di atas kekuda beberapa meter di hadapannya dan Camilla terus menuju ke arah St George setiap kali.”

Unta memegang status istimewa di bandar tuan rumah Piala Dunia Qatar, yang mana ia dibiakkan bagi sukan lumba unta yang amat popular.

Jenny berkata: “Camilla mempunyai semangat yang kuat dan sering kali tahu bila tiba masa makan jadi kami amat percaya dengan keupayaannya untuk meramalkan keputusan Piala Dunia.” – HARIAN METRO

Loading...
Terkini