comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala FA: City, United, Liverpool teruskan kemaraan

Kelab liga amatur, Maidstone sudah menewaskan dua lagi kelab liga dalam Piala FA musim ini, selepas menyingkirkan Barrow dan Stevenage.- FOTO: Reuters

LONDON: Penyandang juara Piala FA Inggeris, Manchester City akan bertandang ke Luton Town pada pusingan kelima manakala kelab pembunuh gergasi dari liga amatur Maidstone berdepan Sheffield Wednesday atau Coventry.

Juara tiga piala City menang 1-0 di Tottenham pada pusingan keempat menerusi gol lewat Nathan Ake Jumaat lalu.

Pasukan kendalian Pep Guardiola kini akan menuju ke Kenilworth Road untuk berdepan Luton yang menang 2-1 di Everton kelmarin.

Maidstone mencipta satu daripada kejutan terbesar dalam sejarah Piala FA apabila menang 2-1 di kelab Liga Kejuaraan, Ipswich kelmarin.

Kelab divisyen keenam Liga Nasional Selatan itu adalah pasukan dengan ranking terbawah masih bersaing dalam pertandingan itu.

Mereka kini akan berkunjung ke satu lagi kelab Liga Kejuaraan untuk berdepan pemenang aksi ulangan antara Wednesday dan Coventry pada pusingan 16 terakhir.

Maidstone sudah menewaskan dua lagi kelab liga dalam Piala FA musim ini, selepas menyingkirkan Barrow dan Stevenage.

Memburu trofi kejuaraan dalam musim terakhir kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, yang menang 5-2 ke atas Norwich awal pagi tadi, akan menentang sama ada Watford atau Southampton, kedua-duanya seri 1-1.

Pemenang aksi ulangan antara Bristol City dan Nottingham Forest akan menjadi tuan rumah kepada Manchester United, yang menundukkan kelab divisyen empat Newport County 4-2 awal pagi tadi. – AGENSI

Undian pusingan kelima:
Blackburn/Wrexham mln Newcastle
Chelsea/Aston Villa mln Leeds/Plymouth
Bournemouth mln Leicester
Liverpool mln Watford/Southampton
Bristol City/Nottingham Forest mln Manchester United
Wolves mln Brighton
Sheffield Wednesday/Coventry mln Maidstone United
Luton mln Manchester City

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini