comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala FA dan Piala Malaysia 2023 bakal guna Sistam VAR? FAM belum muktamad ketetapan

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

KELANA JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM merancang untuk mempraktikkan penggunaan Sistem VAR untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia bagi musim 2023.

Bagaimanapun belum ada ketetapan dibuat FAM berhubung perkara ini memandangkan pelbagai aspek perlu diambil kira terutamanya dari segi kos dan juga kepakaran.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram, perancangan akan dibuat untuk Sistem VAR ini dapat digunapakai pada saingan Piala FA dan Piala Malaysia musim depan.

“Kita mengambil kira kos, sebagai contoh, jumlah perlawanan sebanyak 300 perlawanan, pada perbincangan yang telah diadakan dengan pembekal, kita perlu menyediakan sehingga RM4 juta ke RM5 juta, kedua sistem internet, ketiga kamera penyiar siaran langsung, keempat, ia adalah teknologi baharu dalam negara kita, tidak dinafikan ada beberapa negara lain sudah mula menggunakannya, FAM akan melihat perkara ini secara mendalam.

“Kita melihat penggunaannya untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia musim depan kerana kita masih belum tahu berapa kos yang perlu dikeluarkan, kita akan melihat berdasarkan bajet kita, mungkin hanya bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir sahaja ataupun mungkin bermula dari peringkat kumpulan, kita juga perlu membincang perkara ini dengan ‘Malaysian Football League’, MFL, diketuai oleh Datuk Ghani Hassan, kita perlu adakan mesyuarat dan kita memang ke arah itu,” kata Datuk Sivasundaram.

Tambah Datuk Sivasundaram, pengadil terpilih perlu menyertai kursus yang agak panjang, memakan masa sehingga 6 bulan dan permohonan telah dibuat kepada FIFA untuk menghantar tenaga pengajar untuk melatih pengadil Malaysia menggunakan Sistem VAR.

Setakat ini, Malaysia memiliki ebam pengadil bertaraf FIFA bersama 8 penolong pengadil, namun tiada pengadil dari negara ini terpilih untuk mengendalikan perlawanan di Piala Dunia 2022 di Qatar berikutan antara syarat yang dikenakan termasuklah pengadil yang mahir menggunakan Sistem VAR.

Loading...
Terkini