comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala FA: JDT berpeluang mempertahankan kejuaraan

Undian Piala FA 2024 – FOTO FACEBOOK MFL

PETALING JAYA: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mendapat laluan mudah pada majlis undian pusingan 16 terbaik semalam, dijangka tidak mempunyai tentangan untuk mara ke pentas final Piala FA musim 2024-2025.

Selepas muncul juara dua tahun berturut-turut, skuad Harimau Selatan itu dijadualkan bertemu wakil Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dengan PDRM FC atau Malaysia University akan menanti mereka di pentas suku akhir.

Selangor FC (SFC) akan bertemu Negeri Sembilan FC manakala Terengganu FC bakal menentang Perak FC.

Juara edisi 2019, Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima laluan mudah selepas dijadualkan bertemu pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC.

Naib juara Piala FA musim lepas, KL City FC pula menentang Kuching City FC dengan Sri Pahang akan menghadapi tentangan Penang FC.

Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee pula mungkin tidak berhadapan masalah untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama itu apabila diundi bertemu KL Rovers.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini