comscore
Tumpuan :
Sukan

PIALA FA: Manjung City & Imigresen lengkapkan senarai pasukan ke pusingan 16

 

FOTO: MFL

Oleh Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Manjung City FC dan Imigresen FC melengkapkan senarai pasukan ke pusingan 16 dalam saingan Piala FA musim ini.

Manjung City mara selepas menewaskan Sains FC 2-0 manakala Imigresen menundukkan BRM Kuala Kangsar FC 1-0.

Manjung City memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi penyudah Mohamad Syamin Baharuddin.

Kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama, tuan rumah bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas rehat apabila Furqan Azri dilayangkan kad kuning kedua.

FOTO: MFL

Minit ke-71, Sains juga mengalami nasib yang sama selepas Mohd Firdaus Azizul turut diperintah keluar padang.

Kesempatan itu diambil Manjung City untuk kembali mengasak dan hasilnya Mohammad Afeeq Iqmal Rosli berjaya menggandakan jaringan, enam minit sebelum tamat masa permainan.

Tiada lagi gol menyusul, Manjung City mara ke pusingan 16 dan dijadual menentang Kelantan FC, 14 April depan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sepakan penalti yang disempurnakan Abdul Azim Rahim pada minit ke-10 sudah cukup untuk menundukkan BRM Kuala Kangsar FC 1-0.

Kejayaan itu menyaksikan Imigresen kendalian Mat Zan Mat Aris akan berdepan Kuala Lumpur City FC di pusingan 16, juga pada 14 April depan.

Loading...
Terkini