comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Malaysia: Rezal Zambery yakin Kelantan FC mampu pergi jauh

FOTO: TRW Kelantan FC/Facebook

Oleh Al Shaiful Nazib Talib

KOTA BHARU: Ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya yakin pasukan kendaliannya mampu pergi lebih jauh berbanding sasaran awal pasukan melangkah ke peringkat suku akhir.

Walaupun hanya memiliki kelebihan satu gol ke atas pihak lawan, Sarawak United FC pada pertemuan pertama minggu lalu, ia tetap dilihat satu pencapaian positif, dan satu lagi kemenangan tetap berada dalam radar pasukan menjelang pertemuan kedua di Kota Bharu malam ini.

“Pada saya, alhamdulillah kita dapat keputusan positif di Sarawak, dan saya rasa dengan jaringan 1-0 tu kita tidak boleh selesa, kita tahu defisit masih lagi sikit, jadi apa-apapun saya mengharapkan pemain akan menunjukkan prestasi yang baik sebab kita perlu menang menentang Sarawak.

“Kita sasarkan untuk melangkah lebih jauh, saya nampak perkembangan pemain-pemain juga baik, prestasi mereka sedang meningkat naik, kita jangan lepaskan peluang, kali terakhir 2016, kali ini kita berpeluang, jadi jangan lepaskan ini dan saya mengharapkan kita akan melangkah ke suku akhir nanti.

“Kita lihat pada perlawanan pertama Sarawak juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol terutamanya menerusi ‘set pieces’, itu yang kita akan cuba atasi kelemahan tersebut, kita tahu Sarawak mempunyai pemain-pemain yang tinggi, satu kelebihan untuk mereka tetapi pada saya setakat ini pemain boleh kawal situasi dengan baik, perlu dikekalkan, kita juga perlu lihat kekuatan kita bermain di Kota Bharu dengan mengharapkan sokongan penyokong, akan menambahkan lagi semangat mereka, harapan saya agak tinggilah untuk kita menang,” katanya.

Pada pertemuan pertama di Stadium Negeri di Sarawak, Kelantan Fc raih kelebihan satu gol hasil jaringan Kenta Hara pada minit ke 82.

Kali ini, bermain di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, kelebihan yang dimiliki mahu dimanfaat untuk meraih satu lagi kemenangan, sekaligus menempat tempat ke peringkat suku akhir.

Loading...
Terkini