comscore
Tumpuan :
Sukan

Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok

 

KUALA LUMPUR: Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, esok.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat bagi mengajak orang ramai sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung pada 5 petang.

“Come out and cheer for our boys this Saturday! (Marilah kita sama-sama berikan sorakan kepada skuad negara pada Sabtu ini!),” katanya di halaman Facebook rasminya.

Semalam, Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas lapan tahun apabila menyingkirkan bekas juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Pusat Sukan Chengdu Hi-Tech Zone, China.

China melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Senarai 15 lokasi tayangan skrin besar:
1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
2. Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
3. SACC Mall, Shah Alam, Selangor
4. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
5. Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
6. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
7. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
8. Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
9. Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
10. Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
11. Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
12. Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching
14. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan
15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah —

BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini