comscore
Tumpuan :
Sukan

Poland padam magis Arab Saudi

FOTO: REUTERS

Oleh: Fariz Zolkarnain

AL RAYYAN: Hasrat Arab Saudi untuk meneruskan persembahan menakjubkan pada kempen Piala Dunia 2022 terhenti seketika apabila tewas 0-2 kepada Poland pada aksi kedua kumpulan C, sebentar tadi.

Wakil Asia itu berpeluang memadam kelebihan awal Poland yang hadir menerusi Piotr Zielinski pada minit ke-39, namun sepakan penalti yang diambil Salem Al Dawsari dan tindakan susulan daripada Abdulelah Al Amri berjaya diselamatkan penjaga gol, Wojciech Szczesny pada penghujung babak pertama.

Bersambung selepas rehat, kegagalan Arab Saudi menyempurnakan beberapa deretan peluang sekali lagi dihukum Poland kali ini menerusi jaringan ketua pasukan, Robert Lewandowski yang meledak gol sulungnya di pentas Piala Dunia pada minit ke-82.

Kekal 2-0 memihak Poland sehingga wisel penamat menyaksikan skuad kendalian Czeslaw Michniewicz naik ke tangga teratas kumpulan C dengan empat mata, sementara Arab Saudi yang kurang satu mata jatuh di tangga kedua.

Bagaimanapun kedudukan teratas Poland masih belum selamat apabila bakal turun menentang Argentina pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, 1 Disember ini manakala Arab Saudi memiliki peluang kedua jika berjaya menewaskan Mexico pada hari yang sama.

Loading...
Terkini