comscore
Tumpuan :
Sukan

Presiden AFC Kagum Pembangunan Bola Sepak Malaysia, Puji Kejayaan Harimau Malaya Ke Piala Asia 2023

Foto: Football Association of Malaysia/Facebook.

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

PETALING JAYA: Ia detik yang penuh bersejarah di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini apabila menerima kunjungan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa di Kelana Jaya.

Disambut Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, kedatangan beliau merupakan yang pertama kalinya sejak memegang jawatan Presiden AFC pada Mac 2013.

Kunjungan rasmi tersebut diikuti dengan lawatan kemudahan di ibu pejabat badan induk itu beserta perjumpaan bersama barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dan kepimpinan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Shaikh Salman turut sempat memuji perkembangan semasa bola sepak tanah air yang ditonjolkan oleh prestasi pasukan Harimau Malaya, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City dan lain-lain lagi.

Foto: Football Association of Malaysia/Facebook.

“Dibawah kepimpinan Datuk Hamidin, FAM telah banyak melabur dalam kapasiti mereka dan hasilnya dilihat amat mengagumkan, ia jelas menjelmakan visi AFC untuk membangun sukan ini dikalangan ahi gabungan,” luah Shaikh Salman.

Beliau turut memperakui kejayaan pasukan kebangsaan melayakkan diri ke Piala Asia 2023 setelah sekian lama sebagai satu berita yang ditunggu-tunggu oleh penyokong kesayangan tempatan.

Keperihatinan dan hubungan erat diantara AFC dan FAM amat dihargai Datuk Hamidin yang menyifatkan badan induk Asia itu sentiasa menyokong dan mendorong perancangan FAM membangunkan sukan itu merangkumi pelbagai inisiatif.

Loading...
Terkini