comscore
Tumpuan :
Sukan

Qatar pilih Queiroz kendali skuad kebangsaan

Queiroz pada kempen Piala Dunia Qatar FOTO: REUTERS/Kai Pfaffenbach

DOHA – Kejayaan pengendali dari Portugal, Carlos Queiroz membawa Iran layak ke pentas Piala Dunia menjadi antara faktor utama dia dilantik untuk membimbing Qatar.

Pelantikan Queiroz diumumkan persatuan bola sepak berkenaan (QFA) semalam menerusi kontrak sehingga Piala Dunia 2026.

Queiroz menggantikan tempat pengendali dari Sepanyol, Felix Sanchez yang mengetuai Qatar melalui kempen buruk di Piala Dunia yang lalu yang mana tuan rumah tewas ketiga-tiga perlawanan kumpulan dan hanya menjaringkan satu gol.

“Persatuan Bola Sepak Qatar secara rasminya memutuskan untuk melantik jurulatih dari Portugal Carlos Queiroz sebagai ketua jurulatih sehingga 2026,” kata QFA.

“Queiroz mempunyai banyak reputasi, pengetahuan yang hebat dan pengalaman luas dalam bola sepak Asia.”

Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Canada akan menjadi penampilan kelima bekas pengurus Read Madrid, Queiroz di pusingan akhir selepas memimpin negara asalnya Portugal pada 2010 sebelum membawa Iran layak beraksi di Brazil, Russia dan Qatar.

Loading...
Terkini