comscore
Tumpuan :
Sukan

Qatar waspada ancaman Jordan

Pemain Qatar menjalani latihan menjelang perlawanan akhir menentang Jordan malam ini. -Foto ihsan AFC

DOHA: Mempertahankan kejuaraan lebih sukar berbanding mempertahankannya, ungkapan itu biasa didengar dan Qatar percaya ia sesuatu yang tidak boleh diabaikan.

Justeru meskipun dilihat hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraannya, Qatar cukup sedar, Jordan yang bakal dihadapi pada aksi final malam ini, bukan calang-calang pasukan.

Apatah lagi keinginan tinggi untuk meraih trofi Piala Asia buat kali pertama, dilihat motivasi tambahan buat Jordan melakukan kejutan.

“Kami hanya memiliki tempoh masa singkat untuk bersedia dan untuk pemain memulihkan kecergasan, hanya dua hari selepas perlawanan separuh akhir, jadi, apa yang penting pada kami adalah pemain terus berehat dan pulihkan kecergasan, kerana kita akan bermain perlawanan sukar berdepan pasukan yang kuat ,yang kami hormati tetapi kini kami perlu bersedia untuk perlawanan akhir ini.” kata jurulatih Qatar Marquez Lopez.

Ujar jurulatih kelahiran Sepanyol itu lagi, biarpun Qatar memiliki kelebihan beraksi di arena sendiri dan mendudukki ranking lebih baik iaitu ke-6 Asia berbanding Jordan (13), Lopez melihat perlawanan malam ini cukup berbeza.

Bagi ketua pasukan Qatar Hassan Al-Haydos, dia amat berbangga menjadi sebahagian pasukan dan inilah masanya untuk mempertahankan kejuaraan sekaligus menyangkal tanggapan umum yang mempertikaikan keupayaan mereka kembali layak ke final.

Pertemuan Qatar menentang Jordan dijadual berlangsung di Stadium Lusail jam 11 malam waktu Malaysia malam ini.

Pada 2019 di Emeriah Arab Bersatu,  Qatar mencipta sejarah muncul juara buat kali pertama Piala Asia selepas mengejutkan Jepun 3-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini