comscore
Tumpuan :
Sukan

Rafiq Ismail, Hafiz Zainuddin pastikan Malaysia genggam pingat Masters Kejuaraan Asia

FOTO: ABF Online/ Facebook  

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

BANGKOK: Skuad negara bakal menambah pungutan pingat dari kategori lelaki apabila mempunyai dua wakil di acara Stepladder Akhir Kejuaraan Asia.

Mohd Rafiq Ismail menamatkan saingan blok kedua Masters di kedudukan pertama mengumpul 3754 jatuhan pin.

Rakan sepasukan, Mohd Hafiz Zainuddin pula dipisahkan 86 mata di tempat kedua, sementara Park Dong Hyuk dari Korea Selatan ketiga.

Tiga pemain terbaik mara ke perlawanan akhir stepladder, menyaksikan Rafiq yang muncul teratas bakal membuat perhitungan pingat emas.

Hafiz pula akan menghadapi Dong Hyuk di penentuan gangsa, dengan pemenang akan berdepan Rafiq di pertembungan kemuncak hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini