comscore
Tumpuan :
Sukan

RAGBI: Piala Bunga Raya Sevens 2022 milik SSMP A, Johor

Foto: NRDP

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SHAH ALAM: Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) A dinobatkan sebagai juara kategori cup bawah 16 tahun Kejohanan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) 7 Sebelah Bunga Raya Peringkat Kebangsaan.

SSMP A menjulang piala selepas bangkit daripada ketinggalan kepada Selangor di perlawanan akhir yang berkesudahan 17-12.

Anak buah Mohd Nasrul Hakim itu ketinggalan 0-12 di separuh masa pertama tetapi memperaga kebangkitan mantap dengan mengikat kedudukan 12 sama sebelum try dan conversion saat akhir mengubah nasib mereka seterusnya mengecewakan Selangor.

Dalam satu lagi kategori, cup bawah 18 tahun menjadi milik Johor.

Pasukan selatan tanah air itu menumpaskan KL Saracens di peringkat separuh akhir pada sebelah pagi di Stadium Mini, Shah Alam sebelum meneruskan kehebatan dengan mengecewakan satu lagi wakil Lembah Klang, Kuala Lumpur 14-0 di penentuan juara.

Pertandingan Bunga Raya Sevens 2022 yang berlangsung selama tiga hari sejak Selasa lalu dianjurkan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) merupakan medan kompetetif bertaraf antarabangsa sulung bagi peringkat akar umbi yang mendapat penyertaan 28 pasukan dalam serta luar negara iaitu Filipina dan Thailand.

 

Loading...
Terkini