Tumpuan :
Sukan

Ranieri keluar persaraan, kembali bimbing AS Roma

MILAN: Jurulatih dari Itali, Claudio Ranieri keluar daripada persaraan pada usia 73 tahun untuk mengemudi AS Roma sehingga penghujung musim ini.

Pengumuman itu dibuat kelab Serie A berkenaan selepas beberapa hari memecat pengendali dari Croatia, Ivan Juric.

“AS Roma ingin memaklumkan yang Claudio Ranieri kini sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Utama,” kata Roma dalam satu kenyataan.

“Pada penghujung musim nanti, dia akan mengambil alih peranan selaku pengurusan senior, dia akan menjadi penasihat kepada pemilik mengenai semua perkara berkaitan sukan bagi kelab ini.

“Pencarian jurulatih baharu akan diteruskan dalam tempoh beberapa bulan ini dan Claudio juga akan memberi pandangan dalam keputusan ini.”

Ranieri yang bersara pada Mei lalu, pernah mencipta kejutan apabila mengemudi Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2016.

Dia juga pernah mengendali beberapa kelab utama Eropah termasuk Chelsea, Juventus, Atletico Madrid, Inter Milan dan Monaco. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini