HOOFDDORP: Kesebelasan terbaik dunia pilihan FIFPRO menampilkan enam pemain Real Madrid dan empat dari Manchester City, dengan Lionel Messi tidak tersenarai buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun.
Senarai 11 Dunia FIFPRO 2024 adalah edisi pertama sejak tahun 2006 tidak dibarisi Messi. Bintang Argentina itu, yang memegang rekod tertinggi dengan 17 kali terpilih, digantikan oleh Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Vinicius Jr di barisan hadapan.
Jude Bellingham mengungguli undian untuk pemain lelaki, dengan pemain tengah Real Madrid dan England itu menerima 11,176 undian.
Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk satu-satunya pemain di luar Real dan City membarisi kesebelasan terbaik tahun ini.
Kesebelasan terbaik lelaki:
Penjaga gol: Ederson (Manchester City, Brazil)
Pertahanan: Dani Carvajal (Real Madrid, Sepanyol), Virgil van Dijk (Liverpool, Belanda), Antonio Rudiger (Real Madrid, Jerman)
Tengah: Jude Bellingham (Real Madrid , England), Kevin De Bruyne (City, Belgium), Toni Kroos (Real Madrid, Jerman), Rodri (City, Sepanyol)
Penyerang: Erling Haaland (City, Norway), Kylian Mbappe (Paris St Germain/Real Madrid, Perancis), Vinicius Jr (Real Madrid, Brazil) – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.