comscore
Tumpuan :
Sukan

Real Madrid hampiri trofi kelima Piala Dunia Kelab FIFA

RABAT: Gergasi Sepanyol, Real Madrid terus berada di landasan terbaik melebarkan pencapaian juara Piala Dunia Kelab FIFA buat kali kelima selepas mudah melepasi halangan separuh akhir menentang Al Ahly.

Perlawanan di Stadium Putera Moulay Abdellah di Rabat itu berkesudahan dengan keputusan 4-1 memihak anak buah Carlo Ancelotti sekaligus menempah tempat di perlawanan akhir.

Jaringan hanya terhasil pada minit ke-42 menerusi percubaan Vinicius Junior yang meleraikan kebuntuan.

Momentum itu diteruskan seminit selepas rehat menyaksikan giliran Federico Valverde mancatat nama selaku penjaring.

Wakil Mesir, Al Ahly mendapat peluang melakukan kebangkitan apabila dihadiah sepakan penalti kerana kekasaran Eduardo Camavinga terhadap Hussein El Shahat.

Tugasan tersebut disempurnakan sebaiknya Ali Maaloul untuk merapatkan keadaan 1-2 pada minit ke-65.

Luka Modric pula gagal memanfaatkan kesempatan sama selepas itu, namun Los Blancos tetap gagal dihalang dengan menyumbat dua gol dalam tempoh lapan minit masa kecederaan masing-masing daripada Rodrygo dan Sergio Arribas.

Kejayaan tersebut membawa mereka ke aksi penentuan juara kelima dengan pasukan Arab Saudi, Al Hilal Sabtu ini. – AP

Loading...
Terkini