comscore
Tumpuan :
Sukan

Red Giants ke separuh akhir Piala FA selepas bangkit kecewakan NSFC

FOTO : Malaysian Football League / Facebook

PAROI: Selangor FC menjadi pasukan kedua melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilan (NSFC) 3-1 di peringkat suku akhir.

Perlawanan yang dimainkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman itu pada mulanya memihak tuan rumah menerusi jaringan seawal minit pertama Muhammad Safuwan Baharudin.

Kegembiraan penyokong Hobin Jang Hobin bagaimanapun bertahan seketika sahaja selepas Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi menyamakan keadaan minit ketiga.

FOTO : Malaysian Football League / Facebook

Skuad bimbingan K. Devan terus berusaha mengimbangi asakan-asakan mencemaskan dari pelawat.

Minit ke-60 giliran barisan Merah Kuning mendahului hasil penyudah menarik dari Yohandry Orozco.

Anak buah Tan Cheng Hoe meranapkan sisa perjuangan NSFC sekali lagi menerusi Orozco tiga minit sebelum aksi tamat.

Keputusan itu membawa Selangor FC ke fasa empat terbaik dan menanti pemenang diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC yang dijadual bermain malam esok.

Loading...
Terkini