comscore
Tumpuan :
Sukan

Rice jadi pilihan Southgate ketuai England

Rice, tonggak Arsenal teruja jadi kapten England. FOTO: Reuters

LONDON: Declan Rice mengakui teruja dan kehilangan kata-kata selepas menjadi pilihan jurulatih Gareth Southgate selaku kapten England untuk aksi persahabatan menentang Belgium awal pagi esok.

Pemain tengah Arsenal itu akan meraikan kap ke-50 pada perlawanan terakhir persahabatan itu  sebelum Southgate mengumumkan  23 pemain England untuk Euro 2024 pada 16 Mei.

“Saya hilang kata-kata, tak tahu nak cakap apa,” kata Rice kepada wartawan menjelang perlawanan itu.

“Ketika dia [Southgate] berkata kepada saya semalam, anda akan menjadi kapten, saya peluk dia, berjabat tangan dan saya kata ‘terima kasih tak terhingga.’ Saya banyak terhutang budi dengannya.

“Sejak kali pertama masuk ke pasukan ini, dia selalu membuatkan saya seperti berada di tempat sendiri. Saya rasa sangat selesa bermain di bawahnya.

“Keyakinan saya semakin meningkat pada kap ke-50 ini, keluar dari Wembley di hadapan keluarga dan rakan ia benar-benar satu penghormatan, ujar pemain berusia 25 tahun itu.

Namun pemilihan Rice bukanlah mengejutkan selepas skuad Three Lions dibelenggu masalah kecederaan dengan yang terbaru membabitkan Kyle Walker, Harry Maguire dan Sam Johnstone.

Harry Kane, Trent Alexander-Arnold, Reece James dan Kieran Trippier juga antara yang diketepikan lebih awal sekali gus menghadkan pilihan Southgate.

Pada aksi persahabatan di Wembley Ahad lalu England tewas 0-1 kepada Brazil menerusi jaringan lewat pemain berusia 17 tahun, Endrick.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini