comscore
Tumpuan :
Sukan

Ronaldo berpisah dengan Manchester United

FOTO: Ian Walton / REUTERS

MANCHESTER: Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu berkuat kuasa serta-merta, kata kelab dalam satu kenyataan.

Ia susulan kenyataan kapten Portugal itu yang mendakwa dia berasa dikhianati selepas kembali ke kelab yang melonjakkan namanya sebelum ini.

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United selepas mencapai persetujuan dengan kelab dengan serta-merta.

“Kelab mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya sepanjang dua era di Old Trafford, meledak 145 gol dalam 346 penampilan serta mengucapkan selamat maju jaya buat dirinya dan keluarga pada masa depan.

“Semua orang di United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan di bawah Erik Ten Hag dan bekerjasama untuk meraih kejayaan di atas padang,” kata United.

Bulan lalu, pengendali United, Ten Hag dilaporkan berkata, Ronaldo enggan dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang seteru Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur dan penyerang itu meninggalkan padang sebelum tamat perlawanan.

Ronaldo mendakwa, dia kesal dengan tindakan yang dilakukannya itu kerana berasa tidak senang dengan Ten Hag.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ronaldo berkata dia sentiasa menyayangi kelab dan peminat.

“Itu tidak akan berubah, bagaimanapun sudah tiba masanya untuk saya mencari cabaran baharu.

“Saya harap pasukan terus berjaya pada baki musim ini dan untuk masa depan,” kata Ronaldo – REUTERS

Loading...
Terkini