Tumpuan :
Sukan

Ronaldo bertanding jawatan Presiden CBF

Ronaldo wira Piala Dunia Brazil pada 1994 dan 2002. – FOTO: Reuters

RIO DE JANEIRO: Bekas penyerang Brazil, Ronaldo akan bertanding jawatan presiden persekutuan bola sepak negara itu (CBF), menurut legenda berusia 48 tahun itu hari ini.

Ronaldo yang menjuarai Piala Dunia bersama Brazil pada 1994 dan 2002 akan disenaraikan sebagai calon pada kongres CBF bagi menggantikan Presiden Ednaldo Rodrigues pada 2026.

“Antara beratus perkara yang memotivasikan saya untuk menjadi calon presiden CBF ialah saya mahu memulihkan semula prestij dan penghormatan terhadap Selecao (skuad kebangsaan Brazil),” katanya kepada Globo Esporte.

Bekas penyerang Barcelona, Inter Milan dan Real Madrid itu turut berkata, dia menjangkakan bakal menjual sahamnya di kelab Sepanyol Real Valladolid.

“Kami berunding mengenai penjualan tidak lama lagi dan menamatkan perjanjian. Ia bukan halangan untuk hasrat saya bertanding jawatan presiden CBF,” katanya.

Ronaldo sebelum ini mempunyai 90 peratus saham dalam kelab Brazil Cruzeiro yang dijualnya awal tahun ini. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini