comscore
Tumpuan :
Sukan

Ronaldo cetak jaringan ke-901, cipta gol kemenangan ke atas Scotland

Foto: Reuters

LISBON: Portugal bangkit menewaskan Scotland 2-1 untuk meneruskan permulaan sempurna dalam saingan Liga Negara-Negara awal pagi tadi dan tumpuan sekali lagi ke arah Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol kemenangan.

Masuk selaku pemain gantian, Ronaldo yang berusia 39 tahun menyumbat gol ke-901 dalam kariernya pada minit ke-88.

Scotland hampir mendapat kemenangan pertama ke atas Portugal sejak 1980 selepas mengejutkan tuan rumah dengan gol pendahuluan menerusi tandukan kencang Scott McTominay pada minit ketujuh.

Tetapi mereka akhirnya pulang hampa apabila Ronaldo  sekali lagi menjadi wira negaranya selepas Bruno Fernandes menyamakan.

“Pengaruhnya masih sama ada dia masuk sebagai pemain simpanan atau tidak,

“Setiap orang yang masuk mencipta perbezaan. Ronaldo mendapatkan gol yang ke-901 dan dia akan terus memburu angka 1000 yang dihajatinya.” kata Fernandes merujuk bekas rakan sepasukannya di Manchester United itu.

Portugal mendahului Kumpulan 1 dengan enam mata selepas menang aksi pertama ke atas Croatia yang kini menduduki tangga kedua apabila menewaskan Poland 1-0 dalam satu lagi perlawanan awal pagi tadi.

Scotland pula tewas dua kali berturut-turut dengan kedua-dua gawang mereka dibolosi pada lewat perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini