comscore
Tumpuan :
Sukan

Ronaldo cetus revolusi bola sepak Arab Saudi

Penyerang Al Nassr, Cristiano Ronaldo meledak 14 gol termasuk lima penalti buat pasukan Liga Pro Saudi itu pada musim ini. – FOTO : Reuters

LONDON: Musim pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi berakhir tidak seperti diharapkan namun dengan gaji berjuta dan tumpuan ke arah bola sepak Arab Saudi, dia bukanlah bintang terakhir yang akan mewarnai arena bola sepak di negara itu.

Pemenang Ballon d’Or lima kali yang ditawarkan kontrak dua tahun setengah bernilai RM1.9 billion itu hanya dapat membantu Al Nassr menamatkan saingan Liga Pro Saudi di tempat kedua dan tanpa sebarang trofi sekalipun layak ke Liga Juara Juara Asia (ACL).

Ronaldo meledak 14 gol termasuk lima penalti namun ia adalah musim ‘mengecewakan’ buat kelab dari Riyadh itu, kata ketua editor akhbar Al Riyadiah, Moqbel Al Zabni.

“Mereka sepatutnya memenangi sekurang kurangnya satu kejuaraan.”

Namun di sebalik kekecewaan itu, Ronaldo kekal menjadi ‘alat pemasaran’ terbaik untuk bola sepak Saudi dan negara itu yang jelasnya mahu menarik lebih banyak pelancong dan pelaburan asing.

Apatah lagi, timbul khabar angin bahawa kelab Liga Pro Saudi mahu memancing Lionel Messi selain beberapa nama besar turut dikaitkan dengan perpindahan ke negara itu.

Walaupun pemain veteran itu tidak lagi mampu memainkan watak penting untuk mencetus kemenangan namun senario bola sepak Arab Saudi berubah dengan sekelip mata.

Pengikut di Twitter Al-Nassr melonjak daripada 800,000 kepada lebih empat juta selain kini diikuti lebih 14 juta pengikut di Instagram.

“Bola sepak Arab Saudi menjadi bualan di kebanyakan agensi berita dan media antarabangsa,” kata penulis Arab Saudi, Al Abdali dalam kolumnya di Al Riyadiah.

Penganalisis sukan dari Mesir, Ahmed Afify berkata Ronaldo tidak boleh dipersalahkan pada musim ini selepas beberapa pemain pasukan itu berdepan kecederaan termasuklah penjaga gol, David Ospina.

“Ronaldo menunjukkan komitmen yang hebat dan tidak berlagak seperti bintang terhadap rakan sepasukannya,” kata Afify.

Loading...
Terkini