comscore
Tumpuan :
Sukan

Ronaldo kembali dengan sentuhan jaringan

Cristiano Ronaldo . – Foto: Al-Nassr FC / Twitter

HAIL – Cristiamo Ronaldo kembali menemui sentuhannya ketika membantu kelabAl-Nassr mengatasi Al-Ta’ee menerusi kemenangan 2-0.

Ia sekaligus turut menyaksikan Al-Nassr kini merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Al-Ittihad yang diikat pasukan tangga keempat Al-Hilal 2-2.

Sepakan penalti itu diberikan selepas VAR memanggil pengadil untuk melihat paparan monitor di tepi padang berikutan cabaran dilakukan Asulaihem dalam kotak penalti.

Dan Ronaldo meledak penalti kelimanya musim ini pada minit ke-48.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhirnya.

Ronaldo hampir menemui gawang menerusi tandukan pada babak pertama tetapi ia tepat ke dakapan penjaga gol Al Ta’ee.

Dan dia sekali lagi dinafikan oleh Braga beberapa minit kemudian selepas menemui ruang dalam kotak penalti.

Talisca menggandakan kelebihan buat pelawat pada lewat permainan.

Loading...
Terkini