comscore
Tumpuan :
Sukan

Ronaldo-Mane gagal bantu pasukan dibelasah Al-Hilal

FOTO: Reuters

RIYADH: Gandingan Cristiano Ronaldo-Sadio Mane gagal membantu pasukannya, Al-Nassr daripada dibelasah pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Hilal 3-0.

Ronaldo jelas kecewa sebaik tamat perlawanan yang menyaksikan pasukannya semakin ketinggalan di belakang Al-Hilal.

Bintang Portugal itu turut diejek penyokong tuan rumah yang melaungkan nama Lionel Messi, tetapi bekas penyerang Manchester United itu membalasnya dengan memberi isyarat ciuman.

Selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama, gawang Al-Nassr dibolosi tiga kali dalam tempoh 30 minit di babak kedua.

Al-Hilal memastikan kemenangan hasil jaringan Sergej Milinkovic-Savic dan Aleksandar Mitrovic.

Ronaldo, 38, tampak berang selepas tamat permainan yang menyaksikan dia gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam empat aksi liga. – AGENSI

Loading...
Terkini