comscore
Tumpuan :
Sukan

Russel menangi gelaran pertama kariernya, kejayaan 1-2 Mercedes – AMG Petronas di GP Brazil

Russel menjulang trofi kejuaraan GP Brazil yang merupakan gelaran sulung karier F1. – FOTO: REUTERS

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

SAO PAULO: George Russel akhirnya memperoleh kemenangan pertama karier Formula 1 dengan menjuarai Grand Prix (GP) Brazil.

Pemandu Mercedes-AMG Petronas itu memastikan kejayaan mutlak sulung pasukan dengan menamatkan perlumbaan sebanyak 71 pusingan di posisi paling hadapan diikuti rakan sepasukan Lewis Hamilton di tempat kedua.

Ketiga ialah Carlos Sainz Jr. dari Ferrari yang menaiki podium kesembilannya musim ini.

Perlumbaan di Litar Interlagos itu menyaksikan Russel yang memulakan saingan di petak utama berjaya membuat permulaan baik dengan terus mendahului sebaik dilepaskan.

Hamilton yang mengekori di grid kedua terus memberi tekanan dan menghambatnya sepanjang perlumbaan pada satu ketika berada di kedudukan kelapan selepas berlanggar dengan Max Verstappen, namun berjaya memintas semula ke bahagian hadapan.

Gelaran Russel di Brazil itu hadir di tahun keempatnya sejak memulakan penampilan Formula 1 di GP Australia 2019.

Perlumbaan ke-22 yang juga terakhir musim bakal dilangsungkan di Abu Dhabi 20 November ini dengan Verstappen dan pasukannya Red Bull Racing telah mengesahkan mahkota sebagai pemenang keseluruhan 2022.

Loading...
Terkini